Thursday, October 18, 2012

najis babi

BABI : NAJIS KE TIDAK?

Babi dikira sebagai najis mughallazah ni menurut dlm mazhab syafie sahaja. Malahan, ia hanya ada dalam mazhab syafie sahaja. Mazhab lain, tak ada istilah najis mughallazah.

Dlm mazhab syafie, mengatakan ada najis mughallazah krn mereka ada satu kaedah usul yang dinamakan sebagai fahw al-Khitab. Iaitu, menggabungkan sesuatu yang mansus (yg ada nas) dengan sesuatu yang masku
t (tiada nas) dlm keadaan maskut itu lebih besar berbanding mansus.

Memang dlm nas, tidak dinyatakan najis babi dlm maksud haram disentuh, sebaliknya hanya sebut haram di makan sahaja. Namun, dgn kaedah fahw al-Khitab, dlm syafie menyatakan haram juga babi disentuh.

Mansus itu adalah najis air liur anjing. Pada syafie, kalau air liur anjing pun sudah najis, maka badan anjing juga adalah najis, kerana air liur dan badan, badan lebih teruk berbanding air liur. Kalau anjing pun sudah dibasuh tujuh kali basuh, maka binatang yang lebih teruk dari anjing, seperti babi, lebih2 lagi wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh.

Jadi, dakwaan mengatakan tiada nas yg sebut babi dikira sebagai najis yang tidak boleh disentuh adalah tidak tepat. Tetapi yang tepatnya kena sebut, ada nas yang tidak sareh mengatakan najisnya babi.

Ia adalah perkara khilaf mazhab, ia tidak jadi sebarang masalah, malahan kita boleh hormati dlm perkara ini.

Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment